Nak Refinance Rumah Korang? Ikuti 7 Langkah Ini…

Kadang kala akan tiba suatu situasi di mana korang perlukan duit tambahan dan sebagainya, lalu korang mempertimbangkan untuk refinance rumah sebagai langkah menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Refinance atau pembiayaan semula pinjaman perumahan boleh dilakukan, namun korang dah tahu langkah-langkah yang perlu diambil?

Ikuti ringkasan di bawah ini mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam prosedur untuk refinance rumah.

7 LANGKAH UNTUK REFINANCE RUMAH KORANG!

1. Check ada rumah ke tak. Ini paling mustahak! šŸ™‚

2. Check value lebih kurang kat Mudah.my, iklan jual rumah dan Brickz.my. Ini supaya korang tahu harga pasaran semasa rumah tu.

3. Check baki hutang. Tengok kat online banking pun boleh. Kalau tak reti boleh tanya kat bank yang telah bagi korang loan. Mana-mana cawangan pun boleh. Bawak IC semasa nak check tu.

4. Check CCRIS korang. Online boleh, pergi Bank Negara pun boleh. Banker boleh chek tapi dengan syarat ada submission.

5. Kumpul dokumen yang perlu. Segala jenis pendapatan perlu ada bukti dan rekod. Slip gaji dan bank statement tu basic.Ā Antara dokumen yang diperlukan bagi kategori pendapatan berbeza adalah seperti berikut:Ā 

5.1 Pendapatan Tetap
– Salinan IC
– Slip gaji (3 bulan)
– Penyata bank (3 bulan)
– Penyata KWSP (tahun terkini)
– Surat Lantikan/Pengesahan Kerja daripada majikan.

5.2 Pendapatan Tak Tetap
– Salinan IC
– Slip gaji (6 bulan)
– Penyata bank (6 bulan)
– Penyata KWSP (tahun terkini)
– Borang EA (tahun terkini)
– Surat Lantikan/Pengesahan Kerja daripada majikan.

5.3 Bekerja Sendiri/Bisnes Sendiri
– Salinan IC
– Sijil SSM
– Penyata bank (6 bulan – akaun semasa/akaun peribadi)
– Borang BĀ (2 tahun terkini)
– Resit cukaiĀ (2 tahun terkini)
– Penyata KWSP (tahun terkini)

5.4 Company Sdn Bhd
– Salinan IC semua Pengarah
– Sijil SSM
– Penyata bank (6 bulan)
– Borang 4, 9, 24 dan 49
– Borang B (2 tahun terkini)
– Resit cukaiĀ (2 tahun terkini)
– Penyata KWSP (tahun terkini)
– Nombor telefon pejabat
– Gambar syarikat

6. Kalau ada Tenancy Agreement (Perjanjian Sewa) sekiranya korang sewakan rumah tersebut, sila kemukakan juga salinan ketika nak refinance.

7. Sediakan juga salinan rekod duit simpanan, Tabung Haji, ASB dan lain-lain. Duit dalam tin Milo tu silalah bank in sekejap. InsyaAllah, bank-bank kat Malaysia ni tak gulung tikar dalam sehari dua ni. Hehehe.

Semoga bermanfaat!

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: