fbpx

Benarkah ‘Duit Tepi’ Suatu Strategi Bantu Permohonan Loan Rumah Korang?

Pada perkongsian artikel yang lepas kita dah sentuh mengenai topik sebab-sebab permohonan loan rumah kena reject.

Sekarang pasti korang semua dah tahu salah satu masalah utama melibatkan loan rumah adalah nisbah hutang kepada pendapatan (DSR) yang kurang cantik.

Ahyat selalu beri penekanan kepada para peserta di dalam seminar dan kelas hartanah mengenai Teknik Superman.

Apakah Teknik Superman ini?

Ini adalah teknik yang menggabungkan Sumber Pendapatan Utama (SPU) dan Sumber Pendapatan Tambahan (SPT).

Soalan:

→ Adakah penting Teknik Superman ni untuk korang apply loan rumah?

Jawapan:

→ Penting kerana ia boleh menjadi strategi yang membantu korang memiliki rumah. SPT ini akan bertindak sebagai ‘top up’ kepada SPU korang.

Apabila memohon loan, nanti akan jadi lebih senang untuk diluluskan oleh bank kerana ada sokongan pendapatan.

Cuba bayangkan situasi di mana Individu A dan Individu B nak apply loan dengan jumlah yang sama di bank yang sama.

Individu A – Bergaji RM2,000.
Individu B – Bergaji RM2,000. Tetapi ada SPT sebanyak RM500.

Kedua-dua mereka ada profil kewangan yang sama iaitu bergaji tetap RM2,000.
Tetapi si B ni rajin sikit dan dia cari duit tepi.
Dengan duit tepi ni lah akan menjadikan permohonan B mengatasi permohonan A apabila bank membuat pertimbangan untuk kelulusan loan.

So, apa pulak SPU dan SPT ni?

SUMBER PENDAPATAN UTAMA (SPU)

Sumber pendapatan utama ini ialah pendapatan daripada kerja hakiki (kerja tetap) korang. Kerja yang beserta slip gaji daripada majikan dan dicarum KWSP, SOCSO dan lain-lain.

SUMBER PENDAPATAN TAMBAHAN (SPT)

Sumber pendapatan tambahan ni pula ialah pendapatan-pendapatan sampingan atau ‘duit tepi’ yang terhasil daripada sumber-sumber selain kerja tetap korang tu. Boleh jadi ada caruman seperti SPU atau tiada caruman bergantung pada SPT berkenaan.

DUIT TEPI NI DITERIMA KE?

Ramai di kalangan masyarakat kini melakukan lebih daripada satu kerja bukan hanya untuk menampung kos sara hidup, tetapi juga untuk simpanan dan juga lain-lain matlamat seperti ingin memiliki rumah dan sebagainya.

Kita seharusnya puji kegigihan dan niat murni golongan seperti ini. Mereka rajin dan berusaha keras untuk mencapai sasaran kewangan mereka.

Namun, harus diingatkan bahawa dalam keghairahan untuk menambah sumber kewangan melalui SPT atau duit tepi ni, banyak faktor lain yang perlu korang titik beratkan.

Setiap bank mempunyai syarat dan terma yang berbeza, maka penerimaan bank terhadap sumber-sumber duit tepi ini juga berbeza-beza.

Ada pula situasi di mana sumber duit tepi tersebut tidak memenuhi kriteria syarat dan terma bank kerana dianggap berisiko tinggi (high risk), tidak stabil dan ada turun naik. (fluctuation of income) berbanding dengan sumber gaji tetap.

Bagi mengatasi masalah ini korang mestilah bijak dalam menyusun bukan hanya SPU korang, malah segala duit tepi yang diterima daripada SPT juga.

Cuba dapatkan dokumen yang boleh dijadikan bukti sokongan bagi duit tepi ini.

Pastikan juga segala transaksi yang melibatkan duit tepi ni korang rekodkan. Lagi bagus kalau ada slip, resit, penyata akaun, baucer pembayaran (payment voucher) dan sebagainya.

Apabila dokumen mengenai duit tepi daripada SPT korang ni teratur dan tersusun, barulah lebih mudah untuk bank percaya akan kesahihan sumber-sumber duit tepi tersebut.

Ini secara langsung akan melancarkan proses permohonan loan rumah korang.

CONTOH IDEA DUIT TEPI

1. Pemandu Grab/GrabFood.
2. Dropship Produk – Stokis, ejen dan lain-lain.
3. Multi Level Marketing (MLM).
4. Ejen Takaful/Ejen Hartanah.
5. Pelaburan – Hartanah (hasil sewaan), saham, REIT dan lain-lain.
6. Bisnes sampingan – Jual kerepek, jual nasi lemak dan lain-lain.
7. Freelance job – Blogger, tutor/cikgu tuisyen dan lain-lain.

Sebenarnya banyak lagi contoh Sumber Pendapatan Tambahan (SPT) ni.

Korang kena kreatif untuk mencari jalan bagi menghasilkan duit tepi yang boleh membantu meningkatkan profil kewangan korang.

Asalkan kerja yang halal dan tidak melanggar undang-undang, ya!

Takkan orang lain dah usaha keras, tapi korang masih tiada SPT dan harapkan SPU je. Betul tak?

TIPS DOKUMENTASI BAGI DUIT TEPI NI…

★ 1) Penyata Gaji (Slip Gaji)

Kalau kerja kedua atau SPT korang tu ada slip gaji, bagus sangat dah tu. Cuma pastikan segala info dalam slip gaji tu sepadan dan jelas seperti nama, nombor IC, tarikh kemasukan gaji dan lain-lain lagi. Pastikan slip gaji tersebut dicetak. Kalau ditulis tangan, dapatkan cop dan pengesahan pihak majikan.

★ 2) KWSP

Bank sangat menitik beratkan soal caruman KWSP ni. Ianya sebagai bukti kesahihan sumber pendapatan korang. So, rajinkan diri untuk semak penyata KWSP tu dan pastikan majikan mencarum untuk korang. Periksa jumlah caruman masing-masing.

★ 3) Elaun

Secara amnya, elaun terbahagi kepada dua iaitu:

i) Elaun Tetap (Fixed Allowance)

ii) Elaun Tidak Tetap (Variable Allowance)

Elaun tetap: Kebiasaannya elaun jenis ni terkandung dalam slip gaji, so rekod 3 bulan diperlukan.

Elaun tidak tetap: Bagi elaun jenis ni, kalau takda dokumen sebab misalnya dibayar secara tunai, korang boleh minta bantuan majikan untuk sediakan baucer bayaran selama 6 bulan.

★ 4) Faedah

Faedah tahunan pun boleh diambil kira untuk ‘boost’ profil kewangan korang bila memohon loan rumah.

Sediakan penyata akaun simpanan tetap korang, atau sebarang sijil-sijil akaun fixed deposit korang tu. Jangan kedekut untuk bagi dokumen sebegini kepada bank.

★ 5) Komisen

Bagi yang ada SPT jenis komisen ni, bank boleh ambil kira tapi disebabkan sumber komisen ini kadangkala tidak stabil, maka korang perlu sediakan rekod dokumen selama 6 bulan.

Korang boleh sediakan penyata bank (bank statement) dan penyata pendapatan (income statement) sebagai lampiran dokumen sokongan.

★ 6) Hasil Sewaan Rumah

Kalau korang dah ada rumah dan disewakan, hasil kutipan sewaan tu boleh dikira sebagai SPT korang. Tu kira duit tepi lah tu.

Untuk itu, sebelum memohon loan rumah, sediakan kepada bank sebarang dokumen berkaitan seperti Perjanjian Sewaan (Tenancy Agreement) yang berduti setem. Kalau takda duti setem jangan buang masa pergi hantar. Sediakan juga penyata bank bagi akaun yang terima duit sewaan tersebut.

★ 7) Lain-Lain Dokumen Sokongan

Kalau korang ada simpanan, sediakan je dokumen penyata akaun simpanan tu.

Dokumen sokongan lain yang boleh disertakan adalah seperti Tabung Haji, ASB dan lain-lain. Ini menunjukkan korang ada simpanan di mata pihak bank. Ini penting terutama sekali bagi korang yang tiada kerja tetap atau menjalankan perniagaan.

Korang dah jelas sekarang?

Dah nampak kepentingan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan?

Dah faham kenapa susah nak lulus loan, sedangkan kita sendiri yang tak ikut syarat, terma dan kriteria mereka?

Semoga perkongsian ini bermanfaaat!

Anda seorang usahawan dan ada minat terhadap hartanah?

Duit tepi anda banyak, tapi tak tahu cara beli rumah?

Ahyat ingin memperkenalkan satu formula : FORMULA EMPAYAR!

Apakah maksud formula ini?

Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan bagaimana pula ia membantu KEJAYAAN bisnes anda?

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp