fbpx

Kawan Hong Kong Ni Kata Hartanah Kat Malaysia Ni Murah?

Setuju tak dgn poin no 9 dan 10..

1. Semalam saya ke rumah agam sahabat saya Dato Lim n Datin Sammie di Cyberjaya. Mereka ajak sembang2 kawan Hong Kong dan Singapura mereka. Best bila dapat dengar pandangan orang luar tentang hartanah di Malaysia..

2. Rachel ni share bahawa harga parking lot di Hong Kong lebih kurang rm2juta. Kat Malaysia kalau nak beli car park extra drpd pemaju ni lebih kurang rm20k ke rm40k je.

3. Apartment 400 kaki persegi harganye lebih kurang rm6juta. Kalau kat Malaysia kat downtown KL pun maybe rm600k.

4. Dia mewakili seorang taikun yg berasal drpd PPinang di Hong Kong. Uruskan dana yg bermula dgn usd200juta. Dia sedang mencari peluang2 pelaburan dalam hartanah jenis industrial dan logistik serendah usd50juta. Itu hampir rm210juta. Tak banyak la pilihan kalau masuk kategori jerung ni.

5. Bila ditanya negara mana dia akan beli rumahnye. First dia jawab ofkos Hong Kong. Kerana walaupun harga hartanah adalah antara tertinggi di dunia, baru2 ni harga terus mencanak naik. Antara faktornye adalah kemasukan pembeli2 mainland China. Choice kedua dia akan beli di Kyoto Jepun. Memang orang Hong Kong suka kat sana.

6. Bila ditanya kalau dia nak invest pula, jawapannye dia akan invest student accomodation di New Zealand.

7. Bila bertemu dan dengar sendiri drpd jerung2 hartanah ni, ada macam2 emosi yg bergolak. Ada rasa kerdil banding dgn duit diorang yg bukan sahaja besar tapi sangat banyak. Ada rasa risau memikirkan keupayaan mereka masuk menyerang tanahair kita. Ada rasa bimbang apa nak jadi kat tanahair kita dan di manakah kedudukan orang Islam kita dalam medan hartanah.

8. Sebenarnye, jangan risau. Pertamanya, mereka ni tak minat hartanah jenis kediaman. So mereka tak kacau market kita yg bilis2 ni. Banyak syarat penghalang pun utk orang asing beli rumah jenis kediaman di Malaysia.

9. Satu yg kita kena faham, kita hidup dalam dunia globalisasi. Siapa2 boleh masuk mana2 sempadan utk berdagang atau melabur. Kemasukan jerung2 dari luar tak boleh dibendung. Kita hanya ada satu pilihan, mesti kuatkan diri sendiri di tanahair sendiri.

10. Sebelum melihat orang luar sebagai musuh, kita kena lihat diri kita sendiri. Kita orang Islam kena fokuskan tenaga dan emosi kepada usaha luarbiasa utk jadi kuat dan kaya. Kita mesti kuasai ilmu. kita mesti kuasai ekonomi. Kita mesti kuasai hartanah. Selagi kita sendiri tak mengambil tindakan luarbiasa utk kuatkan diri sendiri dan keluarga, mana mungkin kita dapat hasil luarbiasa.

11. Kita orang Islam pun kena berani bergaul dgn orang lain. Taknak jadi jaguh kampung sahaja. Kita belajar cara mereka berfikir. Bagaimana mata mereka melihat peluang2 yg ada di Malaysia. Barulah minda kita terbuka luas melihat cara mereka berbisnes tapi pada masa yg sama kita sentiasa pegang kuat nilai2 Islam kita.

Semoga kita semua diberikan kekuatan utk menjadi Khalifah Allah yg sebenar di bumi dan beroleh ganjaran kejayaan paling agung iaitu Jannah.

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp