fbpx

Top 10 Lokasi Rumah Jenis Semi D Di Malaysia!

Untuk perkongsian Radar Hartanah hari ini, jom kita fokus kepada segmen hartanah kediaman jenis rumah berkembar atau semi detached (Semi D).

APA ITU SEMI D?

Rumah jenis Semi D ni dipanggil sebagai rumah berkembar kerana posisi dua unit rumah yang bercantum seakan sepasang kembar.

Tidak seperti rumah teres yang tiada ruang terpisah antara unit serta menempatkan banyak unit di dalam satu baris panjang, Semi D pula hanya berkongsi satu dinding bagi dua unit.

Manakala di bahagian tepi rumah semi D terdapat ruang/tanah kosong yang kebiasaan digunakan sebagai tempat parkir kereta dan lain-lain tujuan.

Ramai juga ketika ingin ‘upgrade’ daripada rumah sedia ada telah memilih membeli semi D kerana rumah jenis ini kebiasaannya mempunyai ruang dan bukaan binaan yang lebih luas berbanding rumah teres.

JUMLAH TRANSAKSI

Bagi pasaran hartanah kediaman jenis Semi D ni, bagi tempoh dari Januari 2018 hingga Disember 2018, sebanyak 6,629 transaksi jual beli dicatatkan di seluruh negara.

HARGA MEDIAN

Harga median (harga tengah) bagi kesemua transaksi semi D di Malaysia pada tahun 2018 adalah pada RM440,001 manakala harga median bagi sekaki persegi (psf) adalah RM132 psf.

RUMAH TERES VS RUMAH SEMI D

Secara perbandingan dari sudut jumlah transaksi, rumah teres mengatasi rumah semi D di dalam pasaran hartanah Malaysia.

Pada tahun 2018 jumlah transaksi rumah teres di Malaysia adalah sebanyak 42,339 transaksi (berbanding 6,629 transaksi bagi semi D)

Namun, harga median rumah teres pula jauh rendah dicatatkan iaitu pada Rm295,000.

Harga median bagi sekaki persegi (psf) rumah teres di Malaysia pula adalah pada RM274 psf.

Fakta menarik: Top 10 rumah teres di Malaysia hanya didominasi oleh dua negeri iaitu 4 di Selangor dan 6 di Johor.
Tetapi bagi top 10 semi D pula, senarai meliputi 7 negeri di Malaysia.

Apakah 7 negeri itu?

Jom kita lihat senarai ini.

TOP 10 LOKASI HARTANAH KEDIAMAN JENIS SEMI D PADA TAHUN 2018 DI MALAYSIA

#1 BUKIT PAYONG, NEGERI SEMBILAN

Bilangan transaksi: 28
Harga median: RM307,500
Harga Median Psf: RM97
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold

#2 BANDAR KINRARA, SELANGOR

Bilangan transaksi: 27
Harga median: RM2,000,800
Harga Median Psf: RM546
Jenis pegangan: Freehold

#3 AMBANG BOTANIC, SELANGOR

Bilangan transaksi: 27
Harga median: RM1,780,000
Harga Median Psf: RM501
Jenis pegangan: Freehold

#4 TAMAN MEGAH RIA, JOHOR

Bilangan transaksi: 22
Harga median: RM435,000
Harga Median Psf: RM146
Jenis pegangan: Freehold

#5 BERIS MERAGA, TERENGGANU

Bilangan transaksi: 22
Harga median: RM341,000
Harga Median Psf: RM99
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold

#6 SURA/SURA HUJUNG/SURA GATE/SURA JETTY, TERENGGANU

Bilangan transaksi: 22
Harga median: RM350,000
Harga Median Psf: RM117
Jenis pegangan: Freehold

#7 BANDAR SERI COALFIELDS, SELANGOR

Bilangan transaksi: 19
Harga median: RM868,000
Harga Median Psf: RM247
Jenis pegangan: Freehold

#8 SETIA ECO PARK, SELANGOR

Bilangan transaksi: 19
Harga median: RM1,900,000
Harga Median Psf: RM480
Jenis pegangan: Freehold

#9 BALAI BESAR/GONG PASIR/PAK SABAH, TERENGGANU

Bilangan transaksi: 19
Harga median: RM350,000
Harga Median Psf: RM103
Jenis pegangan: Freehold

#10 TAMAN BUKIT REBANA [SP HEIGHTS], KEDAH

Bilangan transaksi: 18
Harga median: RM232,500
Harga Median Psf: RM86
Jenis pegangan: Freehold

Anda seorang usahawan dan ada minat terhadap hartanah?

Duit tepi anda banyak, tapi tak tahu cara beli rumah?

Ahyat ingin memperkenalkan satu formula : FORMULA EMPAYAR!

Apakah maksud formula ini?

Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan bagaimana pula ia membantu KEJAYAAN bisnes anda?

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan dan gambar:
1. JPPH.
2. Brickz.my (Analisa 12 April 2019).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Jenis: Semi D
3.3. Range harga: Semua harga.
3.4. Tempoh: Jan 2018 – Dis 2018.
4. iRealty.com

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp