fbpx

Top 10 Lokasi Shoplot Di Negeri Selangor Yang Perlu Anda Kenali!

Untuk segmen Radar Hartanah kali ini, jom kita fokus pada senarai kawasan-kawasan yang paling hot di negeri Selangor bagi kategori hartanah komersil jenis shoplot (rumah kedai).

Seperti yang korang dah baca pada perkongsian Radar Hartanah yang lepas, negeri Selangor menduduki tempat pertama dari segi jumlah transaksi bagi kategori hartanah kediaman jenis rumah teres untuk rekod data bagi tahun 2018.

JUMLAH TRANSAKSI

Bagi kategori hartanah komersil jenis shoplot ni pula, negeri Selangor sekali lagi menduduki tempat pertama dengan 1,375 jumlah transaksi dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2018.

HARGA MEDIAN

Bagi harga median (harga tengah) shoplot-shoplot di Selangor adalah pada RM1,150,000.

Manakala harga median sekaki persegi (psf) pula dicatatkan pada RM329 bagi setiap kaki persegi.

Jom kita teropong di mana lokasi paling panas dan paling banyak jumlah transaksi bagi hartanah jenis shoplot di Selangor:

TOP 10 LOKASI SHOPLOT BAGI TEMPOH JAN 2018- DIS 2018 DI SELURUH SELANGOR

#1 BANDAR PUTERI PUCHONG

Bilangan transaksi: 33
Harga median: RM2,500,000
Psf: RM489
Jenis: Freehold

#2 BANDAR BUKIT RAJA, KAPAR

Bilangan transaksi: 26
Harga median: RM1,602,725
Psf: RM451
Jenis: Freehold

#3 BUKIT SENTOSA, RAWANG

Bilangan transaksi: 23
Harga median: RM127,200
Psf: RM110
Jenis: Freehold

#4 BANDAR SETIA ALAM

Bilangan transaksi: 22
Harga median: RM120,000
Psf: RM105
Jenis: Freehold

#5 KOTA KEMUNING, SHAH ALAM

Bilangan transaksi: 20
Harga median: RM1,900,000
Psf: RM413
Jenis: Freehold

#6 BANDAR SERI PUTRA, BANGI

Bilangan transaksi: 19
Harga median: RM1,440,600
Psf: RM334
Jenis: Freehold

#7 SEKSYEN 21-28, BANDAR KLANG

Bilangan transaksi: 16
Harga median: RM1,200,000
Psf: RM197
Jenis: Freehold, Leasehold

#8 BANDAR BUKIT PUCHONG

Bilangan transaksi: 15
Harga median: RM1,700,000
Psf: RM405
Jenis: Freehold

#9 BAYU PERDANA, KLANG

Bilangan transaksi: 14
Harga median: RM925,000
Psf: RM164
Jenis: Freehold

#10 BANDAR SUNGAI EMAS, BANTING

Bilangan transaksi: 12
Harga median: RM345,000
Psf: RM131
Jenis: Freehold

Anda seorang usahawan dan ingin memiliki rangkaian shoplot-shoplot di kawasan panas seperti di atas untuk bisnes anda?

Tapi ada masalah kekangan kewangan?

Loan susah lulus? Duit tunai tak cukup nak kembangkan bisnes?  Bisnes dah bertahun tapi masih di tahap sama?

Ahyat ada satu jawapan untuk masalah ini : FORMULA EMPAYAR!

Apakah maksud formula ini? Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan bisnes anda?

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah kedai sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (5 April 2019).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Commercial.
3.2. Negeri: Selangor.
3.3. Jenis: Shoplot
3.4. Tempoh: Jan 2018 – Dis 2018.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp