fbpx

Top 10 Orang Terkaya Di Malaysia Banyak Terlibat Dalam Bidang Apa?

Baru-baru ini majalah perniagaan dari Amerika, Forbes, ada mengeluarkan senarai orang-orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2019.

Melalui senarai ‘Malaysia’s 50 Richest’ yang dikeluarkan oleh majalah tersebut, dapat dilihat pelbagai bidang perniagaan yang dijalankan oleh para billionaire ini.

Tetapi ada satu sektor bidang yang mempunyai banyak persamaan antara mereka ini.

Apakah sektor bidang itu?

Sudah tentulah bidang hartanah!

6 daripada 10 orang terkaya di Malaysia ini terlibat di dalam bidang hartanah dan menjadikan hartanah sebagai salah satu portfolio perniagaan serta sumber pendapatan dan kekayaan mereka.

Jelaslah terdapat peluang yang besar bagi mereka yang terlibat di dalam bidang perniagaan dan juga hartanah.

Jom kita lihat senarai ini. Semoga boleh dijadikan inspirasi pula untuk anda untuk mengorak langkah dan mencipta kejayaan di masa hadapan!

TOP 10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2019

1. ROBERT KUOK
(Pengasas Kuok Group & Shangri-La Hotels)

Nilai bersih kekayaan: USD 12.8 bilion (RM 52 bilion)
Umur: 95 tahun
Sumber kekayaan: Minyak Kelapa Sawit, Perkapalan, Hotel, Hartanah

2. QUEK LENG CHAN
(Pengerusi Eksekutif Hong Leong Co.)

Nilai bersih kekayaan: USD 9.4 bilion (RM 38 bilion)
Umur: 77 tahun
Sumber kekayaan: Perbankan, Hartanah

3. TEH HONG PIOW
(Pengasas Public Bank Berhad)

Nilai bersih kekayaan: USD 6.7 bilion (RM 27 bilion)
Umur: 89 tahun
Sumber kekayaan: Perbankan

4. ANANDA KRISHNAN
(Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd)

Nilai bersih kekayaan: USD 6.2 bilion (RM 25 bilion)
Umur: 81 tahun
Sumber kekayaan: Telekomunikasi, Media, Perkhidmatan Minyak

5. LEE SHIN CHENG
(Pengerusi IOI Group)

Nilai bersih kekayaan: USD 5.4 bilion (RM 22 bilion)
Umur: 80 tahun
Sumber kekayaan: Minyak Kelapa Sawit, Hartanah

6. CHEN LIP KEONG
(Ketua Pengarah Eksekutif NagaCorp)

Nilai bersih kekayaan: USD 5 bilion (RM 20.4 bilion)
Umur: 71 tahun
Sumber kekayaan: Kasino, Tenaga, Hartanah

7. LIM KOK THAY
(Pengerusi Genting Group)

Nilai bersih kekayaan: USD 4.4 bilion (RM 17.9 bilion)
Umur: 67 tahun
Sumber kekayaan: Kasino dalam talian, Hotel, Hartanah.

Kemas kini 2021: Oleh kerana peristiwa tahun 2020 dan permintaan penduduk untuk hiburan dalam talian, sehingga Julai 2021, pertumbuhan keuntungan LIM KOK THAY dari tahun ke tahun adalah 274%. Peranan utama dimainkan oleh adanya rangkaian kasino dalam talian dengan simpanan rendah di seluruh dunia. Pemain memulakan perjalanan mereka dengan jumlah yang kecil, yang tidak disayangkan untuk menghabiskan percubaan dengan slot atau poker, dan secara beransur-ansur tertarik dengan permainan di kasino dalam talian.

8. LAU CHO KUN
(Pemilik pegangan terbesar Hap Seng Consolidated)

Nilai bersih kekayaan: USD 3.4 bilion (RM 13.8 bilion)
Umur: 83 tahun
Sumber kekayaan: Minyak Kelapa Sawit, Hartanah

9. KOON POH KEONG & ADIK BERADIK
(Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal Berhad)

Nilai bersih kekayaan: USD 2.6 bilion (RM 10 bilion)
Umur: 57 tahun
Sumber kekayaan: Pemprosesan Aluminum

10. KUAN KAM HON
(Pengasas Hartalega Holdings)

Nilai bersih kekayaan: USD 2.4 bilion (RM 9.8 bilion)
Umur: 71 tahun
Sumber kekayaan: Sarung Tangan Sintetik

Anda seorang usahawan dan ingin mengembangkan empayar bisnes anda seperti semua individu di atas?

Tapi ada masalah kekangan kewangan?

Loan susah lulus? Duit tunai tak cukup nak kembangkan bisnes?  Bisnes dah bertahun tapi masih di tahap sama?

Ahyat ada satu jawapan untuk masalah ini : FORMULA EMPAYAR!

Apakah maksud formula ini? Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan bisnes anda?

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Sumber rujukan:
Forbes.com
Sumber gambar:
1) forbes.com
2) thestar.com.my
3) maskulin.com.my
4) themalaysianreserve.com
5) ioiproperties.com.my

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp